Ahad, 23 Februari 2020

KEK MARBLE MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..

Arini aku taknak banyak cakap, juz nak share resepi kek marble simple dan sodap.


LUKISAN ROS LAYU DI PINGGIR LOYANG NAMANYA

KEJADIAN LEPAS SIAP BAKAR. WANGI 1 RUMAH. ADA RAHSIANYA....

Jom layan resepi...

BAHAN-BAHAN
5 biji telur gred B @ 4 biji telur gred AA
1 cawan gula kastor @ gula kasar yang dihancurkan
1 cawan marjerin pelangi
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen ros...ni rahsia kek marble kita wangi. try bezakan antara esen vanilla atau esen ros.
1 sudu besar ovelette (ni optional, takde pun takpe)
Pewarna atau serbuk koko atau apa2 perasa seperti oren, pandan etc..(yang ni terpulang pada citarasa masing2)

CARA
Guna mixer dan pukul gula, marjerin dan ovelette dengan kelajuan tinggi  antara 8 hingga 10 minit hingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan telur satu persatu & pukul dengan kelajuan sederhana sahaja.
Masukkan esen ros dan mixed sebati sebentar sahaja.
Kemudian masukkan tepung sikit-sikit sebanyak 3 kali. Memadai hanya kaup rata @ gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan.
Bila dah sebati, boleh asingkan kepada beberapa bahagian dan boleh campur pewarna atau perisa yang korang suka.
Bakar dalam 45-55 minit. Ini bergantung pada ketebalan & saiz loyang serta jenis oven masing2. Macam saya guna suhu 190 dan bkar dalam 55 minit.

Ok siappppp..Bila dah masak keluarkan dari oven dan terbalikkan kek sekejap dalam 10 minit. Kemudian terbalikkan semula..Makan panas2 mmg awesome. 


Rabu, 30 Oktober 2019

Apa yang tersirat #5 QUOTE AKU SI PENDOSA

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA


Siapa siapa pun kita takkan lepas dari dosa...Besar muda tua..Sama seiring bersama dosa..Jangan diangkat kerana kaya..Jangan dijulang kerana nama..Kerana kaya juga bisakan ke nerakaMiskin tidak semestinya ke syurga..Kerana diri bukan sempurna..Kerana kita adalah pendosa..Berjalan berlari bahkan segalanya..Bila tahu ajal didunia..Saat itu harta bukan segalanyaNama bukan julangannya..Hanya satu diri meminta..Ampunkan aku si makhluk pendosa..

Ahad, 14 Julai 2019

Apa yang tersirat #4 QUOTE JUJUR

Interpretasi bagai karya teragung,
Diselaputi bait2 suci kukuh tersemat, 
Tapi bagai paya dipenuhi kangkung,
Penuh kelodak dan lumpur bila diangkat..