Ahad, 31 Mac 2019

CARA MUDAH SIMPAN DAGING CINCANG HOMEMADE

CARA MUDAH SIMPAN DAGING CINCANG HOMEMADE / KEPT MINCED BEEF

Got this from FB.. Projek nak habiskan stok daging korban dalam peti ais. See, berapa lama da simpan sebab kat rumah ni memang jarang masak daging. 

Biasanya daging ni saya akan hancurkan untuk standby buat spagethi, pie atau apa-apa kuih yang guna daging cincang. Ini bagi memudahkan saya untuk gunakan nanti.

Mula-mula daging perlu dipotong dadu, then kisarkan sampai hancur. Dah settle blend daging tu, boleh masukkan dalam plastik. Seeloknya sealed plastic macam plastik ikea tu. Lepas masukkan daging hancur, leperkan dan ratakan. Bahagikan ikut portion guna lidi (rujuk gambar). Ini bagi memudahkan nanti klu nak guna sebahagian. Klu ikut video yang saya tengok tu, time nak guna just gunting plastik tu ikut bahagian yang kita dah asingkan. Dah siap leperkan & bahagikan guna lidi, boleh dah susun dalam freezer. Itu aje..boleh rujuk gambar 



Isnin, 6 Februari 2017

Tempat Menarik di Selangor- The Nahara Kalumpang

Assalamualaikum...

Arini nk review sikit lokasi mandi-manda di The Nahara Kalumpang. Of course dah ramai yang pernah pergi sini, tapi kami baru pergi semalam & ni 1st time saya sampai sini. Tempat ni memang sangat puas hati, bersih dan kemudahan disediakan memang mencukupi.

Bayaran masuk bagi yang tak menginap ialah Dewasa RM8 & Kanak-kanak rm5. Lokasi memang bersebelahan dengan Kalumpang Resort je. Boleh waze The Nahara Kalumpang. Exit di Tanjung Malim & dari exit tu lebih kurang 9km je ke situ. The Nahara ni adalah berada di kawasan Hulu Selangor. 

Nipun last minit encik asben ajak, kul 12 baru gerak dari rumah. Memang takde bawa bekal apapun, bawa baju je dorang nak mandi. Maka emak tengok jekla asben & anak mandi, rasa rugi plak tak bawa baju..huhuhu..jom kita layan gambar yang sempat snap. Cuma lupa snap pic pintu masuk dan office..😅😅

Chalet/Villa yang disediakan


Yang ni chalet RM300/night. Ada aircond, tv & toilet
Yang ni chalet RM150/night. Tiada aircond & tv. Toilet di luar.


Bukan setakat kanak-kanak yang seronok, mak bapak datuk nenek budak pun happy kat sini. Ada jambatan comel merentas sungai, ada tali-tali disediakan untuk merentas kalau nak ikut air, ada ala-ala mini flying fox, ada buai...memang seronokla tengok orang enjoy.



Platform untuk main flying fox


Surau open style turut disediakan

Wakaf pun banyak, tapi masa ni tengok semua dah ada yang reserved

Tandas banyak disediakan




Sebarang tempahan The Nahara Kalumpang boleh berhubung dengan :

Pn Rahmah / En. Halim 
0194312193 / 03-60491171

Ni pamphlet yang encik asben sempat pergi ambil di pejabat The Nahara Kalumpang. Boleh survey-survey harga bayaran masuk, chalet dan villa di The Nahara Kalumpang pada pamphlet ni. Harap sikit-sikit info ni dapat membantu. Daaaaa....

Khamis, 2 Februari 2017

Shell Out Sedap & Murah di Banting

Assalam...sape-sape yang ke Banting sambil-sambil jalan bolehlah try pekena shell out kat BORDER'S TEA BANTING. Jangan risau tentang harga, sangat berbaloi dan tak mahal sangat. Ni dok pekena pas turun dari Bukit Jugra. Macamla naik jugra hiking ye dok..haha.. Tpi sebab dah kelaparan terus member suggest & bawak makan kat sini. 

Pada saya totally memang ok dan sedap. Design kedai ala-ala hipster gitu, kerusi meja dari pallet kayu. Tapi memang best. Meh layan menu yang sempat saya snap.


Kami order 1 je air sebab besar & tak habis sorang

see..i told u..murahkan



Kami ambil perisa coklat

Tu diaaa..kami ambil set untuk 4 orang..baru RM55..murahkan..


So sedapppppp, jangan lupa try ye kalau ke Banting. Waze je Boarder's Tea Banting.....Daaa....