Interpretasi bagai karya teragung,
Diselaputi bait2 suci kukuh tersemat,
Tapi bagai paya dipenuhi kangkung,
Penuh kelodak dan lumpur bila diangkat..
Ahad, 14 Julai 2019
Apa yang tersirat #3 QUOTE TERASA HATI
Kadang perlu tersirat
Untuk elak hati berbirat
Kadang yang tersurat
Bisa meledak hati hatta sekalipun urat
Apa yang tersirat #2 QUOTE BAHAGIA
Bahagia rentak tari
Umpama terang hari tanpa hujan
Sedangkan ada hati yang remuk rendam
Kerana kau cipta pelangi dari biasan air dan bukan dari turunnya hujan
Kala kamu bahagia dengan merentap jiwa yang sepatutnya
Saat kamu menjulang sayang ketika sekeping hati ditoreh belati tajam..

Langgan:
Ulasan
(
Atom
)