Rabu, 4 Januari 2017

Tempat Menarik di Selangor - Bukit Jugra

Bukit Jugra terletak di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan Paragliding. Pergi sana pun tak plan, balik dari Paya Wetlands terus gerak ke Bukit Jugra. Kami drive sampai atas, memang tak plan pun nak hiking..hehe.. Kebetulan masa baru sampai kaki bukit tu hari dah mula hujan. 

Tapi bagi those yang drive ke atas hopefully drive slow & hati-hati. Sebab rupanya selalu ada kumpulan yang main tricycle tu (x tau kot ada nama lain & tak sempat snap pic sebab da cuak..hahaha). Hati-hati lah drive sebab dorang memang meluncur turun dengan laju dan penuh bergaya..😁😁. Memang tanjat mak jemah masa selisih tu, siap ada yang berpusing macam dah nak langgor kete mak jemah. Memang very the adventure lah kalau tengok, tapi anak-anak muda ni memang dah terror kendalikan menda alah tu.

Masa sampai kat atas, still hujan lagi. Kebetulan parking berbumbung yang muat 4 kereta tu ada kosong, jadi kami 2 kereta ni park kat situ je. Orang pun tak ramai. Pemandangan tak berapa jelas sebab berkabus, maklumlah, hari hujan. Nak snap tulisan JUGRA pun tak dapat sebab baru lepas hujan, risau gak tanah & rumput tu licin.


Bukit Jugra




Pemandangan dari atas, tapi agak berkabus





Nasib dah standby raincoat dalam kereta..

Nak tunggu orang Paragliding tu terbang, tapi macam tak ada gaya nak terbang sebab masih hujan renyai-renyai. So naik atas sekadar dapat tengok pemandangan dan bergambar sikit-sikit. Inshaallah next time boleh datang lagi.


Selasa, 3 Januari 2017

Tempat Menarik di Selangor - Tempat Rekreasi Paya Bakau, Kg. Sijangkang

First time datang sini,sebelum cuti sekolah 2016 tamat. Kami pergi 01 Januari 2017, pembukaan tahun baru. Kami sendiri pun tak tahu tempat ni. Inipun kawan office yang ajak sebab dekat dengan rumah dia. Lokasi di Kampung Sijangkang,menghala ke Banting dan sebelum Jenjarom. Tak jauh sangat dari AEON Bukit Tinggi Klang. Bagi yang suka alam semulajadi memang haruslah datang. Kawasan paya bakau semulajadi yang cantik dan memang teruja la datang sini. Nak masuk just bayar RM2 je seorang. Parking sini takde masalah, boleh je park kat mana-mana area sini. Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil.


Pintu masuk ke Paya Bakau

Galery sebelum pagar masuk ke Paya Bakau

Ini di pelantar untuk bayar sebelum masuk. Lupa nak snap pic pagar comel tu.







Disediakan juga laluan trekking bagi yang nak lebih mencabar. Katanya lebih kurang 800 meter panjang titi tersebut & banyak hentian rehat yang dibina. Kiranya kalau rasa penat ada juga tempat nak rehat-rehat sekjap nak lepas lelah. Pemandangan semulajadi yang memang cantik dan unik. Ni kalau ada yang nak shooting outdoor untuk pengantin-pengantin pun memang superb. 

Ada juga aktiviti memanah disediakan oleh orang tempatan. Murah je, RM2 untuk 6 anak panah. Ok la setakat nak main-main.





Turut disediakan tempat mainan yang diperbuat dari kayu-kayu dan nampak klasik. Kami tak sempat ke situ, hanya snap dari jauh sebab hari dah petang.


Selain tu ada jugak tempat ternak kelulut. Tapi yang ni kami tak masuk sebab persendirian punya. Dan ada juga untuk laman rekreasi untuk family santai-santai.

Taman Kelulut
Taman lepak santai-santai.



So next time sesiapa yang rasa nak menikmati pemandangan semulajadi ni bolehlah ke sini...😀😀😀😁😁😁