First time datang sini,sebelum cuti sekolah 2016 tamat. Kami pergi 01 Januari 2017, pembukaan tahun baru. Kami sendiri pun tak tahu tempat ni. Inipun kawan office yang ajak sebab dekat dengan rumah dia. Lokasi di Kampung Sijangkang,menghala ke Banting dan sebelum Jenjarom. Tak jauh sangat dari AEON Bukit Tinggi Klang. Bagi yang suka alam semulajadi memang haruslah datang. Kawasan paya bakau semulajadi yang cantik dan memang teruja la datang sini. Nak masuk just bayar RM2 je seorang. Parking sini takde masalah, boleh je park kat mana-mana area sini. Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil.
Pintu masuk ke Paya Bakau |
Galery sebelum pagar masuk ke Paya Bakau |
Ini di pelantar untuk bayar sebelum masuk. Lupa nak snap pic pagar comel tu. |
Disediakan juga laluan trekking bagi yang nak lebih mencabar. Katanya lebih kurang 800 meter panjang titi tersebut & banyak hentian rehat yang dibina. Kiranya kalau rasa penat ada juga tempat nak rehat-rehat sekjap nak lepas lelah. Pemandangan semulajadi yang memang cantik dan unik. Ni kalau ada yang nak shooting outdoor untuk pengantin-pengantin pun memang superb.
Ada juga aktiviti memanah disediakan oleh orang tempatan. Murah je, RM2 untuk 6 anak panah. Ok la setakat nak main-main.
Turut disediakan tempat mainan yang diperbuat dari kayu-kayu dan nampak klasik. Kami tak sempat ke situ, hanya snap dari jauh sebab hari dah petang.
Selain tu ada jugak tempat ternak kelulut. Tapi yang ni kami tak masuk sebab persendirian punya. Dan ada juga untuk laman rekreasi untuk family santai-santai.
So next time sesiapa yang rasa nak menikmati pemandangan semulajadi ni bolehlah ke sini...😀😀😀😁😁😁

Taman Kelulut |
Taman lepak santai-santai. |
So next time sesiapa yang rasa nak menikmati pemandangan semulajadi ni bolehlah ke sini...😀😀😀😁😁😁
Tiada ulasan :
Catat Ulasan