Khamis, 2 Februari 2017

Tempat Menarik di Selangor - Paya Indah Wetlands

Assalamualaikum...arini nak cerita sikit tentang Paya Indah Wetlands. Ni kami pergi masa cuti tahun baru yang lepas. Dah lama pergi baru sempat nak update. Pada saya ok juga tempat ni. Especially anak2 sbb sure dorang excited dapat tengok badak air & buaya dalam jarak yang boleh dikatakan agak dekat.


Pintu masuk ke Paya Indah Wetlands

Dapat snap pic dicela jaring
Buaya memang banyak tapi tak banyak yang duduk lepak dekat tepi-tepi darat. So kalau tengok kat tengah-tengah tasik memang banyakla yang tengah terapung. Kami datang da lewat skit so terlepas waktu bagi makan pada buaya dan badak air.



Tunggu punya tunggu nampakla 3 ekor ni haa

Then kami pergi naik menara tinjau. Pic ada dalam kamera, lupa nak save kat pc (kemudian nanti lah update pic..hehe). Selesai memanjat menara tinjau (mak gayat hokeyyyy) terus ke kolam kononnya nak bagi ikan makan. Belum habis bagi makan terus decide naik bukit jugra (refer post sebelum ni).


Tapi nak bagitau kat sini ada disediakan chalet untuk bermalam. Ada aktiviti memancing bagi yang minat memancing, boleh bbq & aktiviti2 ala-ala family day sebab kat area chalet ada kawasan-kawasan lapang juga.



Antara pic chalet yang sempat snap


So, apa-apa maklumat boleh direct call nombor di bawah ye....😁😁


Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),
KM4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Fax: 03-8768 8424

Tiada ulasan :