Ni dia hasil selepas bakar. Memang sedap & lembut. Tapi muffin teksturnya agak padat but still lembut. Silalah cuba. Jom kita tengok resepi..
Nak tengok cara buat boleh tengok youtube channel ye. Mohon like & subscribe ye. Sebab niat saya kalau ada rezeki dari youtube saya nak dermakan sebahagian pada yang memerlukan. Inshaallah.. Doakan saya.
RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
~*Bahan kering*
13/4 cup tepung gandum
1/4 cup serbuk koko
1 sdk baking powder
1/2 sdk baking soda
1 cup gula perang
1/3 cup minyak masak
1 cup susu cair@susu full cream dutch lady
1 biji telur A
1/2 sdk esen vanila
1/2 cup choc chip
~Satukan & ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & baking soda.
~Masukkan gula perang. Gaul rata guna whisk.
~Masukkan minyak, susu cair, telur & esen vanila dalam bahan kering & gaul rata.
~Masukkan sebahagian choc chip dalam adunan.Kaub balik aje guna spatula.
~Sudukan 3/4 penuh dlm cup & tabur baki choc chips.
~Bakar selama 20-25 min suhu 180°c (tgok pada oven masing2)
Tq...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan