Ahad, 14 Julai 2019

Apa yang tersirat #1 QUOTE HATI

Jangan dilaung bab keadilan
Hanya dimulut tapi gagal melaksanakan
Bagai stalaktit melekat tidak berpasak
Minda yang lain sama tersesak
Jangan diselaput cerita dongeng atas kesalahan diri
Andai otak serebrum sendiri separa berfungsi
Jangan bersorak guruh terlalu awal
Andai medium oblongata gagal mengawal
Laju kaki dihayun mengikut rentak, katanya itu bahagia kau yang berhak
Jangan difikir selamanya komulonimbus merentang langit
Bila hari makin cerah atau awan mula bergulung saat itu baru terdetik
Untuk bertaubat di saat akhir

Tiada ulasan :