Isnin, 24 Jun 2019

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP LEMBUT TERLAJAK MUDAH

Assalamualaikum... Bersiaran setelah lama menyepi.. Jom arini nak belanja resepi muffin coklat chip yang mudah dan lembut. Senang sangat nak buat & puas hati dengan kejadiannya.



Ni dia hasil selepas bakar. Memang sedap & lembut. Tapi muffin teksturnya agak padat but still lembut. Silalah cuba. Jom kita tengok resepi..

Nak tengok cara buat boleh tengok youtube channel ye. Mohon like & subscribe ye. Sebab niat saya kalau ada rezeki dari youtube saya nak dermakan sebahagian pada yang memerlukan. Inshaallah.. Doakan saya.



RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
~*Bahan kering*
13/4 cup tepung gandum
1/4 cup serbuk koko
1 sdk baking powder
1/2 sdk baking soda
1 cup gula perang
1/3 cup minyak masak
1 cup susu cair@susu full cream dutch lady
1 biji telur A
1/2 sdk esen vanila
1/2 cup choc chip

~Satukan & ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & baking soda.
~Masukkan gula perang. Gaul rata guna whisk.
~Masukkan minyak, susu cair, telur & esen vanila dalam bahan kering & gaul rata.
~Masukkan sebahagian choc chip  dalam adunan.Kaub balik aje guna spatula.
~Sudukan 3/4 penuh dlm cup & tabur baki choc chips.
~Bakar selama 20-25 min suhu 180°c (tgok pada oven masing2)

Tq...

Selasa, 2 April 2019

SARDIN CREAM PUFF

Melayan selera anak pagi-pagi. Ready made puff pastry harus ada kat rumah ni, senang nak prepare kalau teringin nak makan pastry. It's juz simple menu, semua orang boleh buat. Tapi tetap rajin nak taip, memandangkan blog ni dah 2 tahun menyepi. 😅😅😅😅

Saya cuma guna sardin je untuk inti. Masak dulu sardin ikut selera. Kalau taknak tumis pun xpe, tapi kena letak perahan limau nipis atau limau kasturi.


 Harus dipotong 2 dulu sebab mudah nak makan nanti. Lagipun sardin puff ni mudah relai & bersepah nanti.

 Rajin nak letak cheese mozarella. Yang keju ni homemade, saja test buat sendiri. Dapat resepi dari facebook.

 Sapukan dengan telur sebelum dibakar.


Tudddiaaaa da siap.

Ahad, 31 Mac 2019

CARA MUDAH SIMPAN DAGING CINCANG HOMEMADE

CARA MUDAH SIMPAN DAGING CINCANG HOMEMADE / KEPT MINCED BEEF

Got this from FB.. Projek nak habiskan stok daging korban dalam peti ais. See, berapa lama da simpan sebab kat rumah ni memang jarang masak daging. 

Biasanya daging ni saya akan hancurkan untuk standby buat spagethi, pie atau apa-apa kuih yang guna daging cincang. Ini bagi memudahkan saya untuk gunakan nanti.

Mula-mula daging perlu dipotong dadu, then kisarkan sampai hancur. Dah settle blend daging tu, boleh masukkan dalam plastik. Seeloknya sealed plastic macam plastik ikea tu. Lepas masukkan daging hancur, leperkan dan ratakan. Bahagikan ikut portion guna lidi (rujuk gambar). Ini bagi memudahkan nanti klu nak guna sebahagian. Klu ikut video yang saya tengok tu, time nak guna just gunting plastik tu ikut bahagian yang kita dah asingkan. Dah siap leperkan & bahagikan guna lidi, boleh dah susun dalam freezer. Itu aje..boleh rujuk gambar