Selasa, 25 Jun 2019

RESEPI KEK OREN SUNQUICK KOKO MUDAH, SEDAP & MOIST

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak share resepi kek oren sunquick koko yang mudah, sedap dan moist. First time try dan saya adjust sedikit resepi ikut apa yang ada di rumah. Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat hasilnya.







Jom layan resepi.  Untuk cara-cara boleh tengok di youtube. Mohon sahabat like & subscribe my channel ye..tq2



~RESEPI KEK OREN SUNQUICK KOKO~
1 cup marjerin (250g)
3/4 cup gula kastor
3 biji telur A
1 1/2 cup tepung gandum
1 sdk baking powder
3 sdb susu pekat
2 sdb sunquick
1sdk perisa oren
2sdb serbuk koko

~Pukul marjerin + gula kastor hingga kembang
~Masukkan telur satu-persatu & mix sebati
~Masukkan tepung gandum + baking powder yg telah diayak
~Masukkan susu pekat & kacau sebati guna spatula sahaja
~Bahagi adunan kepada 2 bahagian
~1 bahagian campurkan oren sunquick & perisa oren
~1 bahagian lagi campur serbuk koko
~Lapiskan dlm loyang adunan koko & tabur serbuk koko
~Lapisan atas masukkan adunan oren
~Bakar suhu 180°c selama 20-25 minit

Selamat mencuba.

Isnin, 24 Jun 2019

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP LEMBUT TERLAJAK MUDAH

Assalamualaikum... Bersiaran setelah lama menyepi.. Jom arini nak belanja resepi muffin coklat chip yang mudah dan lembut. Senang sangat nak buat & puas hati dengan kejadiannya.



Ni dia hasil selepas bakar. Memang sedap & lembut. Tapi muffin teksturnya agak padat but still lembut. Silalah cuba. Jom kita tengok resepi..

Nak tengok cara buat boleh tengok youtube channel ye. Mohon like & subscribe ye. Sebab niat saya kalau ada rezeki dari youtube saya nak dermakan sebahagian pada yang memerlukan. Inshaallah.. Doakan saya.



RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
~*Bahan kering*
13/4 cup tepung gandum
1/4 cup serbuk koko
1 sdk baking powder
1/2 sdk baking soda
1 cup gula perang
1/3 cup minyak masak
1 cup susu cair@susu full cream dutch lady
1 biji telur A
1/2 sdk esen vanila
1/2 cup choc chip

~Satukan & ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & baking soda.
~Masukkan gula perang. Gaul rata guna whisk.
~Masukkan minyak, susu cair, telur & esen vanila dalam bahan kering & gaul rata.
~Masukkan sebahagian choc chip  dalam adunan.Kaub balik aje guna spatula.
~Sudukan 3/4 penuh dlm cup & tabur baki choc chips.
~Bakar selama 20-25 min suhu 180°c (tgok pada oven masing2)

Tq...

Selasa, 2 April 2019

SARDIN CREAM PUFF

Melayan selera anak pagi-pagi. Ready made puff pastry harus ada kat rumah ni, senang nak prepare kalau teringin nak makan pastry. It's juz simple menu, semua orang boleh buat. Tapi tetap rajin nak taip, memandangkan blog ni dah 2 tahun menyepi. 😅😅😅😅

Saya cuma guna sardin je untuk inti. Masak dulu sardin ikut selera. Kalau taknak tumis pun xpe, tapi kena letak perahan limau nipis atau limau kasturi.


 Harus dipotong 2 dulu sebab mudah nak makan nanti. Lagipun sardin puff ni mudah relai & bersepah nanti.

 Rajin nak letak cheese mozarella. Yang keju ni homemade, saja test buat sendiri. Dapat resepi dari facebook.

 Sapukan dengan telur sebelum dibakar.


Tudddiaaaa da siap.