Bahagia rentak tari Umpama terang hari tanpa hujan Sedangkan ada hati yang remuk rendam Kerana kau cipta pelangi dari biasan air dan bukan dari turunnya hujan Kala kamu bahagia dengan merentap jiwa yang sepatutnya Saat kamu menjulang sayang ketika sekeping hati ditoreh belati tajam..
Jangan dilaung bab keadilan Hanya dimulut tapi gagal melaksanakan Bagai stalaktit melekat tidak berpasak Minda yang lain sama tersesak Jangan diselaput cerita dongeng atas kesalahan diri Andai otak serebrum sendiri separa berfungsi Jangan bersorak guruh terlalu awal Andai medium oblongata gagal mengawal Laju kaki dihayun mengikut rentak, katanya itu bahagia kau yang berhak Jangan difikir selamanya komulonimbus merentang langit Bila hari makin cerah atau awan mula bergulung saat itu baru terdetik Untuk bertaubat di saat akhir