Khamis, 29 Disember 2016

Awan dan Laut

Tepek untuk simpanan kemudian hari. Mana la tau nanti nak tengok semula gambar-gambar ni. Saya memang suka snap natural view. Kalau rajin edit guna apps kat handphone je... 😀😀😀





Resepi Red Velvet Mudah dan Sedap

Meh ode (panggilan anak buah) nak share resepi RV yang memang sedap & ode memang buat niaga. Ni pun dapat dari blog my happy oven. Da lama memang guna resepi ni je. Cuma frosting tu ode ubah sikit dari resepi yang dapat dari kelas baking sebab nak kurangkan sikit manis.. Alhamdulillah family, kawan-kawan & customer memang suka RV ni. Tapi sejak raya yang lepas ode stop baking memandangkan kesihatan tak mengizinkan, lama-lama mood lak ke laut dalam..huhuhu...

Ni antara kek RV yang ode penah buat untuk makan dan tempahan kawan-kawan. Layankan aje, ode ni amatur je..hahahaha









Yang ini antara yang pernah buat untuk cupcake.




Sumber Resepi: Norli (my happy oven)

RED VELVET MUDAH
Bahan A (ayak)
2 1/2 cup tepung superfine
1 1/2 cup gula castor
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk garam (tapi saya letak 1/2 sdk je)
1 sdk serbuk koko


Bahan B (disatukan & ode guna mixer sekejap bagi sebati)

1 1/2 cup minyak masak
1 cup buttermilk (campur 1 sdb perahan lemon @ cuka masak)
2 bji telur gred A
1 sdb pewarna merah
1 sdk cuka makan
1 sdk esen vanilla

CARA2
Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Mixed sebati (ode guna mixer)
Kalau nak wat versi cupcake, masukkan dalam papercup dlm 3/4 penuh size 8
Kalau buat kek ode prefer guna 2 @ 3 loyang 8 @ 9 inci baru cantik bila da masak sebab kek tak tebal sangat & cepat masak. Ni pun belajar dari cikgu kelas kek.

Guna suhu 160 darjah celcius dalam 20-30 minit (bergantung pada oven masing-masing ye). Dah masak keluarkan kek & terbalikkan atas relai @ alas jaring-jaring tu.

CREAM CHEESE FROSTING
500 gm Cream Cheese (CC)
150gm gula icing (ayak)
300ml non dairy whipping cream (NDWC)



Pukul NDWC sampai kental, dalam bekas lain pukul CC & icing sampai gebu . Kemudian campurkan NDWC yang dah kental tadi & sebatikan guna spatula @ senduk. Jangan pakai mixer ye nanti adunan jadi lembik. Cuba jangan tak cuba.



Rabu, 28 Disember 2016

Makan-makan di Simply Western, Pandan Jaya

Pergi makan bulan 8 yang lepas, tpi baru ni nak story. Sebab dalam proses nak clearkan image dalam hp & tak tau nak letak mana, so letak la kat blog sebagai kenangan.

Simply western di Pandan Jaya, makanan pada saya sedap & berbaloi dengan harga. Tak mahal & reasonable price. Kami order Spagethi Bolognese, Lamb Chop & Ultimate Cheese Fries. Memang sedap dan kuantiti pun banyak. It's juz like a small food court. Bukan restoran atau kedai shop lot. Tapi it was ok. So guys, silalah cuba..nyumm..nyumm...
Kabur sikit gambonyer...


Tu diaaa..masa tarik bertali cheese dia..

Masa hidangan baru sampai

Gambar spagethi & lamb chop sungguh lupa nak snap. Berbaloi dan puas hati makan di sini. Next time boleh repeat.