Khamis, 29 Disember 2016

Awan dan Laut

Tepek untuk simpanan kemudian hari. Mana la tau nanti nak tengok semula gambar-gambar ni. Saya memang suka snap natural view. Kalau rajin edit guna apps kat handphone je... 😀😀😀





Resepi Red Velvet Mudah dan Sedap

Meh ode (panggilan anak buah) nak share resepi RV yang memang sedap & ode memang buat niaga. Ni pun dapat dari blog my happy oven. Da lama memang guna resepi ni je. Cuma frosting tu ode ubah sikit dari resepi yang dapat dari kelas baking sebab nak kurangkan sikit manis.. Alhamdulillah family, kawan-kawan & customer memang suka RV ni. Tapi sejak raya yang lepas ode stop baking memandangkan kesihatan tak mengizinkan, lama-lama mood lak ke laut dalam..huhuhu...

Ni antara kek RV yang ode penah buat untuk makan dan tempahan kawan-kawan. Layankan aje, ode ni amatur je..hahahaha









Yang ini antara yang pernah buat untuk cupcake.




Sumber Resepi: Norli (my happy oven)

RED VELVET MUDAH
Bahan A (ayak)
2 1/2 cup tepung superfine
1 1/2 cup gula castor
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk garam (tapi saya letak 1/2 sdk je)
1 sdk serbuk koko


Bahan B (disatukan & ode guna mixer sekejap bagi sebati)

1 1/2 cup minyak masak
1 cup buttermilk (campur 1 sdb perahan lemon @ cuka masak)
2 bji telur gred A
1 sdb pewarna merah
1 sdk cuka makan
1 sdk esen vanilla

CARA2
Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Mixed sebati (ode guna mixer)
Kalau nak wat versi cupcake, masukkan dalam papercup dlm 3/4 penuh size 8
Kalau buat kek ode prefer guna 2 @ 3 loyang 8 @ 9 inci baru cantik bila da masak sebab kek tak tebal sangat & cepat masak. Ni pun belajar dari cikgu kelas kek.

Guna suhu 160 darjah celcius dalam 20-30 minit (bergantung pada oven masing-masing ye). Dah masak keluarkan kek & terbalikkan atas relai @ alas jaring-jaring tu.

CREAM CHEESE FROSTING
500 gm Cream Cheese (CC)
150gm gula icing (ayak)
300ml non dairy whipping cream (NDWC)



Pukul NDWC sampai kental, dalam bekas lain pukul CC & icing sampai gebu . Kemudian campurkan NDWC yang dah kental tadi & sebatikan guna spatula @ senduk. Jangan pakai mixer ye nanti adunan jadi lembik. Cuba jangan tak cuba.



Rabu, 28 Disember 2016

Makan-makan di Simply Western, Pandan Jaya

Pergi makan bulan 8 yang lepas, tpi baru ni nak story. Sebab dalam proses nak clearkan image dalam hp & tak tau nak letak mana, so letak la kat blog sebagai kenangan.

Simply western di Pandan Jaya, makanan pada saya sedap & berbaloi dengan harga. Tak mahal & reasonable price. Kami order Spagethi Bolognese, Lamb Chop & Ultimate Cheese Fries. Memang sedap dan kuantiti pun banyak. It's juz like a small food court. Bukan restoran atau kedai shop lot. Tapi it was ok. So guys, silalah cuba..nyumm..nyumm...
Kabur sikit gambonyer...


Tu diaaa..masa tarik bertali cheese dia..

Masa hidangan baru sampai

Gambar spagethi & lamb chop sungguh lupa nak snap. Berbaloi dan puas hati makan di sini. Next time boleh repeat. 

Nice View To Bidor

Subhanallah...pemandangan awan & langit yang cantik semasa perjalanan ke Bidor. Snap pic ni kalau tak silap area sebelum Jeram.. Very nice sky. Bayang-bayang dari dashboard pulak kacau daun..adeh..

Subhanallah..cantik alam nikmat dari Allah



Jalan-jalan Utara Day-2

2nd day our vacation, lepas berendam kolam lebih kurang dalam jam 9.30 pagi kami pun naik hotel. Makan megi & roti yang memang standby dari rumah. Siap-siap terus check out dalam jam 11.30 pagi dan terus gerak ke Perlis. Tujuan utama nak jalan2 beli coklat sambil bawa anak naik feri ke Langkawi pula.

Masa di Kedah, exit tol untuk melihat Menara Alor Setar sat. Ni pun penuhi hajat anak, sebab sememangnya anak bujang ni memang meminati rekabentuk bangunan sebab itu yang selalu dilukisnya.



Menara Alor Setar
Then terus gerak ke Perlis. Sampai je di Perlis terus chek in di T Hotel di Kuala Perlis, betul-betul berhadapan Jeti Kuala Perlis. Yang ni kami pilih bilik standard 1 katil Queen baru RM98. Actually ni kali ke-2 kami pernah stay. Walaupun kategori hotel bajet tapi yang syoknya bersih & murah. Iron disediakan di luar bilik.


Anak bujang sorang tengah relax-relax rasmi katil. Condition bilik memang tip-top & bersih


Toilet memang bersih dan kemas
 Dah check in, rehat2 jap terus gerak ke Padang Besar. Awalnya plan nk pergi Wang Kelian, tapi khabarnya dah tutup dan tak semeriah yang kami pergi pada tahun 2014. Lagipun, nak masuk kesitu kena gunakan passport. Kalau dulu-dulu boleh je masuk cenggitu haje. Sempatler teman beli sikit-sikit barang sambil jenjalan ke sana.

Selesai makan & shopping di Padang Besar, terus gerak balik ke hotel. Malam tu jalan-jalan di sekitar Kuala Perlis & sempatla en. asben makan laksa. Esok pagi-pagi kami da gerak ke Jeti Kuala Perlis (depan hotel je). Lepas check-out terus pergi parking kereta di kawasan parkir sebelah hotel, RM1) sehari. Okla tu, kami pun nk pergi Langkawi balik hari je.


Kami bei tiket pukul 7 pagi & balik tiket 2.30 tengahari. Sewa kereta halfday di Langkawi RM45 dengan En. Fendi (012-4309618). Dapat nombor hp dari adik yang baru pergi. En. Fendi juga turut menyediakan perkhidmatan Homestay langkawi yang murah RM250 homestay skali kereta sewa. Masa sampai di Langkawi jenuh cari kupon parking, tapi tak dapat. Kenangan sebelum balik, kereta sewa kami kena saman sebab tak pamer kupon parking..hehehe..nasib badan. 


Balik dari Langkawi terus gerak ke Cameron Highlands. On the way ke CH baru call ROS CHALET di Kampung Sedia. Ni pun kali kedua kami stay kat situ memandangkan ni kawasan Melayu. Condition bilik biasa-biasa je sesuai dengan sewa RM100 satu malam. Disediakan 1 katil queen, tv & bilik air di dalam. Iron disediakan di luar bilik kongsi ramai-ramai. Ros Chalet antara chalet yang murah di Cameron Highland. Sesiapa yang rasa nak ke CH boleh try call owner dia Kak Ros - 0125838060.



Tempat santai & makan-makan ala pantri yang disediakan di bahagian belakang chalet.


Laluan ke bilik-bilik yang disediakan.


Esoknya 23 hb (Rabu) kami check out. Pergi sarapan di Brinchang memandangkan banyak kedai masih tutup. Pusing-pusing cari kedai makan sebab dah pukul 8 lebih masih banyak yang belum buka. Lepas sarapan terus gerak ke Sungei Palas. Sebelum ni pergi CH tak dapat ke Sungei Palas sebab rupanya hari ISNIN tutup. Lepak-lepak minum,makan kek jap then posing-posing & pergi Kea Farm. So masa ni harga strawberry memang murah sedikit sebab belum start cuti sekolah. Lepas pergi Kea Farm, relax-relax jap then terus gerak balik. Alhamdulillah petang selamat sampai ke rumah. 

Rabu, 7 Disember 2016

Jalan-jalan Utara Day-1

Catatan perjalanan dan perbelanjaan jalan-jalan utara pada 20-23 November 2016 yang lepas. Saja pilih date sebelum cuti sekolah sebab taknak sesak2 & bajet masa cuti sekolah nanti double layer lak..😅. Percutian last minit yang tak dirancang but lagi seronok macam ni. Percutian Pulau Pinang - Prlis - Langkawi - Cameron Highlands.

1st day 20 Nov bertolak ke Pulau Pinang. Untuk melepaskan hasrat si bujang naik feri & melepaskan hajat ibu dia nk ke Bukit Bendera. Last 2 years pergi tapi terkejar-terkejar. On the way ke Pulau Pinang, kami singgah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar untuk melihat sendiri keunikan masjid yang menjadi sebutan. Dan semestinya binaan masjid tersebut memang cantik dan unik. 

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Then terus gerak ke Pulau Pinang, sampai di Pulau Pinang hampir jam 1 tengahari. Disebabkan nak penuhkan hasrat anak bujang naik feri, so kami pun decide bawa kereta naik feri. Harga tiket ialah RM7.70 bagi kereta biasa. Perjalanan menaiki feri lebih kurang dalam 20 minit. Berbaloi la dengan harga dibayar. Tapi yang kurang best kami dapat di level bawah, so pemandangan agak terhad. Perjalanan kali ni memang saya kurang sangat snap gambar, terkilan juga sebab ada yang tak dapat sertakan gambar.




Pemandangan dari atas feri
Sesampai je di seberang, terus cari masjid then cari makan sebelum naik ke Penang Hill. Disebabkan masa yang mencemburui, kami singgah makan Nasi Kandar Bintang berhampiran Penang Hill. Selesai makan terus ke stesen Penang Hill, park kereta di parking bertingkat. Kami turun dari Penang Hill lebih kurang pukul 4 lbh. Total bayar parking hanya RM4.






Kemudian terus ke The Summit Hotel berhampiran Perda. Condition hotel memuaskan hati walaupun hotel sudah lama. Yang paling best ada pool. Actually memang saya cari hotel yang ada pool sebab pagi-pagi nanti boleh berendam sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Harga 1 malam RM130 ada 1 katil single & 1 katil queen. Sarapan tidak disediakan tapi berbaloi jugakla dengan harga serta condition & facilities yang ada.
Promosi 2016 & memang berbaloi


Deluxe room RM130/night (gambar ihsan google)

Ok, nanti sambung entri kedua untuk percutian utara. 2nd day kami bergerak ke Perlis pula. Sebetulnya  saya jadikan entri dan blog ni sebagai sisipan, kenangan serta untuk saya refer kemudian hari nanti. Sebelum ni tak terfikir untuk diblogkan perjalanan percutian sebab saya memang suka berjalan2. Sekurangnya semua ni untuk simpanan saya sendiri. Inshaallah.

Assalam...1st trial blogging selepas 3 tahun tak berblogging & hilang password ..😎😄😎