Rabu, 7 Disember 2016

Jalan-jalan Utara Day-1

Catatan perjalanan dan perbelanjaan jalan-jalan utara pada 20-23 November 2016 yang lepas. Saja pilih date sebelum cuti sekolah sebab taknak sesak2 & bajet masa cuti sekolah nanti double layer lak..😅. Percutian last minit yang tak dirancang but lagi seronok macam ni. Percutian Pulau Pinang - Prlis - Langkawi - Cameron Highlands.

1st day 20 Nov bertolak ke Pulau Pinang. Untuk melepaskan hasrat si bujang naik feri & melepaskan hajat ibu dia nk ke Bukit Bendera. Last 2 years pergi tapi terkejar-terkejar. On the way ke Pulau Pinang, kami singgah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar untuk melihat sendiri keunikan masjid yang menjadi sebutan. Dan semestinya binaan masjid tersebut memang cantik dan unik. 

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Then terus gerak ke Pulau Pinang, sampai di Pulau Pinang hampir jam 1 tengahari. Disebabkan nak penuhkan hasrat anak bujang naik feri, so kami pun decide bawa kereta naik feri. Harga tiket ialah RM7.70 bagi kereta biasa. Perjalanan menaiki feri lebih kurang dalam 20 minit. Berbaloi la dengan harga dibayar. Tapi yang kurang best kami dapat di level bawah, so pemandangan agak terhad. Perjalanan kali ni memang saya kurang sangat snap gambar, terkilan juga sebab ada yang tak dapat sertakan gambar.




Pemandangan dari atas feri
Sesampai je di seberang, terus cari masjid then cari makan sebelum naik ke Penang Hill. Disebabkan masa yang mencemburui, kami singgah makan Nasi Kandar Bintang berhampiran Penang Hill. Selesai makan terus ke stesen Penang Hill, park kereta di parking bertingkat. Kami turun dari Penang Hill lebih kurang pukul 4 lbh. Total bayar parking hanya RM4.






Kemudian terus ke The Summit Hotel berhampiran Perda. Condition hotel memuaskan hati walaupun hotel sudah lama. Yang paling best ada pool. Actually memang saya cari hotel yang ada pool sebab pagi-pagi nanti boleh berendam sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Harga 1 malam RM130 ada 1 katil single & 1 katil queen. Sarapan tidak disediakan tapi berbaloi jugakla dengan harga serta condition & facilities yang ada.
Promosi 2016 & memang berbaloi


Deluxe room RM130/night (gambar ihsan google)

Ok, nanti sambung entri kedua untuk percutian utara. 2nd day kami bergerak ke Perlis pula. Sebetulnya  saya jadikan entri dan blog ni sebagai sisipan, kenangan serta untuk saya refer kemudian hari nanti. Sebelum ni tak terfikir untuk diblogkan perjalanan percutian sebab saya memang suka berjalan2. Sekurangnya semua ni untuk simpanan saya sendiri. Inshaallah.

Tiada ulasan :