Masa di Kedah, exit tol untuk melihat Menara Alor Setar sat. Ni pun penuhi hajat anak, sebab sememangnya anak bujang ni memang meminati rekabentuk bangunan sebab itu yang selalu dilukisnya.
![]() |
Menara Alor Setar |
![]() |
Anak bujang sorang tengah relax-relax rasmi katil. Condition bilik memang tip-top & bersih |
![]() |
Toilet memang bersih dan kemas |
Selesai makan & shopping di Padang Besar, terus gerak balik ke hotel. Malam tu jalan-jalan di sekitar Kuala Perlis & sempatla en. asben makan laksa. Esok pagi-pagi kami da gerak ke Jeti Kuala Perlis (depan hotel je). Lepas check-out terus pergi parking kereta di kawasan parkir sebelah hotel, RM1) sehari. Okla tu, kami pun nk pergi Langkawi balik hari je.
Kami bei tiket pukul 7 pagi & balik tiket 2.30 tengahari. Sewa kereta halfday di Langkawi RM45 dengan En. Fendi (012-4309618). Dapat nombor hp dari adik yang baru pergi. En. Fendi juga turut menyediakan perkhidmatan Homestay langkawi yang murah RM250 homestay skali kereta sewa. Masa sampai di Langkawi jenuh cari kupon parking, tapi tak dapat. Kenangan sebelum balik, kereta sewa kami kena saman sebab tak pamer kupon parking..hehehe..nasib badan.
Balik dari Langkawi terus gerak ke Cameron Highlands. On the way ke CH baru call ROS CHALET di Kampung Sedia. Ni pun kali kedua kami stay kat situ memandangkan ni kawasan Melayu. Condition bilik biasa-biasa je sesuai dengan sewa RM100 satu malam. Disediakan 1 katil queen, tv & bilik air di dalam. Iron disediakan di luar bilik kongsi ramai-ramai. Ros Chalet antara chalet yang murah di Cameron Highland. Sesiapa yang rasa nak ke CH boleh try call owner dia Kak Ros - 0125838060.
![]() |
Tempat santai & makan-makan ala pantri yang disediakan di bahagian belakang chalet. |
![]() |
Laluan ke bilik-bilik yang disediakan. |
Esoknya 23 hb (Rabu) kami check out. Pergi sarapan di Brinchang memandangkan banyak kedai masih tutup. Pusing-pusing cari kedai makan sebab dah pukul 8 lebih masih banyak yang belum buka. Lepas sarapan terus gerak ke Sungei Palas. Sebelum ni pergi CH tak dapat ke Sungei Palas sebab rupanya hari ISNIN tutup. Lepak-lepak minum,makan kek jap then posing-posing & pergi Kea Farm. So masa ni harga strawberry memang murah sedikit sebab belum start cuti sekolah. Lepas pergi Kea Farm, relax-relax jap then terus gerak balik. Alhamdulillah petang selamat sampai ke rumah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan